Blog Archive

Thursday, August 21, 2008

Org Kaya Baru

Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia. Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.

Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la.
Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu.

Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?

O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..

Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00
ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.

Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?

O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...

Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....

Mat : Yaaaa..Boss,

O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?

O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.

Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...

Mat : Ada apa Boss...

O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?

Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu
kata yang spesial tu mesti telog dua...

O.K.B : ..????????????????????????

Wednesday, August 20, 2008

Raja berlagak

"Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah plak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat per pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ... itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.

Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik gonad kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu... ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya......raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi.

Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh". Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, Maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??"

jadi baik pon salah

Sorang ayah dan tiga orang anak tinggal bersama..

Suatu hari si ayah nak pergi outstation..

Tinggallah 3 orang tu..tapi sebelum ayahnya pergi ayahnya berpesan..

" Jangan buat benda2 yang tak baik semasa ayah takder..sapa anak yang paling

baik ayah akan bagi hadiah kat dia..time ayah balik nanti.."

Ketiga2 adik-beradik itu bersetuju..

Selepas 2 minggu outstation, ayahnya pun pulang..

Pada waktu malamnya, si ayah bertanya pada ketiga2 anaknya sepertimana yang

keinginan ayahnya mengetahui sikap anak2nya samasa ketiadaan beliau.

Dimulakan dengan anak pertama..

Anak pertama : " Ayah, semasa ayah takder..saya ader rosakkan kereta jiran,

curi mangga kat kebun orang dan ponteng sekolah..tapi saya dah kena denda dan

saya insaf.."

Ayah : "Takper nak..ayah maafkan..lain kali jangan buat lagi..!!"

Anak kedua : "Ayah..semasa ayah takder..saya pukul anak Guru Besar, saya

ponteng sekolah dan pecahkan cermin rumah orang..tapi..saya dah insaf..!!"

Ayah : "Takper nak..ayah maafkan..pandai2lah nak insaf yer.."

Anak ketiga : " Ayah, semasa ayah takder..saya tak pernah ponteng sekolah,

..selalu sebut nama ayah supaya ayah cepat pulang sebab rindu sangat dengan ayah.."

TETIBA.." Peeleeppaaakkkk..!!!"

Anak ketiga : " Kenapa ayah..?! ISk isk.."

AYah : "..Oh..engko ler yang selalu sebut nama ayah sampai ayah tercekik time

makan ari tu..ya..!!"

murid sopan

Ada seorang murid..ketika didalam clas..x tahan nk g toilet..

Amat: cikgu! cikgu! saya mau ke tandas sbb saya mau berak!

Cikgu: amat! tolong gunakan bahasa yang sopan..jika tidak saya tak benarkan kamu ke tandas..

amat pn berfikir untuk sjenak..

Amat: cikgu! cikgu! saya sudah tau..

Cikgu: apa dia?

amat: cikgu! saya mau ke tandas sbb 'buntut saya mau MUNTAH'..

Cikgu :..???

hehe..

Monday, August 18, 2008

Geletek

mari tonton geletek..rancangan lawak untuk semua..TV9 pukul 9.30..lepas tangang hihih ari isnin..layan tu...bez gile