Blog Archive

Wednesday, August 27, 2008

teh panas@sejuk

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini..”berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk”…jawab tuan warung..”teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20…”..maka org asli tersebut meminta teh panas..

apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis….berasap abis mulut orang asli itu...pelik tuan warung melihatnya….lalu beliau bertanya..”kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??”

jawab si org asli tersebut..”emm..memang panas...mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je..”..tuan warung pun tersengih…

Rolls Royce

Setelah menyimpan wang selama 20 tahun, Zariff ke bilik pameran Rolls Royce utk membeli keta idamannya…Tapi malang sungguh, selepas dikira balik wangnya tu, tak cukup lak $10 lagik..

“Tunggu Jap,” kata Zariff kepada jurujual

Dia terus menuju ke tepi jalan raya utk cari sesaper yg dapat meminjamkan wang kat dia… Tiba2 dia terpandang seorang lelaki sedang duduk bersantai di kerusi sambil baca paper…

“Encik! Tolong pinjamkan saya $10. Saya nak beli keta Rolls Royce,”kata Zariff kat mamat tu.

Mamat tu tengok Zariff atas bawah..pastu atas balik… dia pun kata…..

“Nah! Amik $20 ni. Belikan saya satu!” kata mamat tu selamba…….

Tuesday, August 26, 2008

saudagar keldai

Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2. Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,1,2, 3… 9

‘Huh, xboleh jadi ni, kurang sekor,’ dia berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya

‘1,2,3,4,5,6, 7,8,9,10. .huh cukup pun,’katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar.Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali keldai2nya.Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.

Lalu dia mengambil keputusan, “Lebih baik aku berjalan kaki, kalau aku x menunggang keldai nescaya aku untung seekor”.

Thursday, August 21, 2008

SAM & DOL...

Ikan Emas...
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!


Kedai RM2
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!


Susu Segar...
SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM & DOL

AIDS...
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

Dinner....
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

Kopi...
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

Hantu...
SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer..