Blog Archive

Wednesday, July 30, 2008

Hari Malang beberapa org

Hari malang anda?
Korang merasakan korangla insan paling malang hari ini... Iye ke? Bacelah
kisah orang-orang malang yang kemungkinan besar kali-kali ganda malang
daripada korang yang malang....

Tak percaye?
Teruskan membaca...


HARI MALANG ANDA?

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di
dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah
berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan
sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah
siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan
kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan
penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.

Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti
skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan
berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter
digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca
yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa
seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300
kaki dari udara ke dalam api…… 20 Mac 1998.

MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?

Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan
isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia
terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan
tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi
dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya
terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik
dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan
berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak
tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin
adalah laluan sempit motosikal.

Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak
mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya.
Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain
lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak?
Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik
sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah
terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan
pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan
rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk
menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!

Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil
berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai
dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan
belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik
yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di
bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan
kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas
menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat.
Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian
tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke
kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan
menyimen tangan yang patah.... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.

MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?

Ingat! Mungkin ini lebih buruk...

1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat
tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel)
adalah sebanyak USD$80 000... Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing
laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan
sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton
thiller’.... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.

2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar
dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.

“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!â€

Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat
atinye...) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang
pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil
mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.

3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja
penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah
pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir
tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan
kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek
tu..

AKHIR SEKALI....

4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang
cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan
return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di
set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada
kepingan-kepingan badan yang berasingan.. . Innalillah..

No comments: